GEMENCHEH: Maahad Ahmadi Gemencheh menerima sebuah bas baharu hasil sumbangan Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Menteri Besar, PIBG dan Alumni Maahad Ahmadi.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, dengan adanya kemudahan bas sendiri adalah diharapkan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengurusan sekolah demi kemajuan akademik pelajar.
“Kerajaan Negeri juga akan menaik taraf padang sekolah ini agar ia lebih selamat dan selesa apabila digunakan untuk aktiviti sukan,” ujarnya.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Bas Maahad Ahmadi Gemencheh.