MAINS bantu tiga pesakit terlantar

LENGGENG: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun padang bagi membantu tiga orang pesakit terlantar di Lenggeng.
Dua daripada tiga pesakit tersebut menerima katil pesakit yang bernilai RM1,200 setiap satu.
Pemberian katil tersebut adalah memastikan keselesaan dan memudahkan urusan penjagaan harian pesakit.
Manakala, seorang lagi pesakit menerima bantuan keperluan asas berupa susu dan lampin pakai buang.
Inisiatif ini adalah mencerminkan peranan zakat yang bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan, malah membawa sinar harapan kepada golongan yang diuji dengan kesakitan.
Setiap sumbangan yang disalurkan adalah bukti bahawa zakat mampu menyantuni kehidupan asnaf secara menyeluruh termasuklah aspek kebajikan dan kesihatan.
Turut hadir bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato’ Mohd Asna Amin yang turut melihat keperluan semasa setiap penerima.
Sekali gus dapat memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memenuhi keperluan mereka.



