
REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Penganut Tokong Wu Xiang Tan.
“Sumbangan tersebut adalah bagi membantu mereka menjayakan Program Perarakan Sempena Sambutan Ulang Tahun 2025.
“Sumbangan ini juga adalah tanda sokongan berterusan terhadap usaha memelihara warisan budaya.
“Selain itu ia juga mengukuhkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
“Semoga program yang dirancang berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat,” kata Veerapan.



