BeritaYB Kita

Teo sumbang komputer riba kepada PPDK Bahau

BAHAU:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong telah memberikan sumbangan komputer riba kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bahau.

Teo berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu melancarkan urusan harian, aktiviti pembelajaran serta pengurusan pentadbiran PPDK.

“Penyerahan komputer riba ini mungkin hanya satu sumbangan kecil, namun saya berharap ia dapat membantu pihak pusat dalam melancarkan urusan harian, aktiviti pembelajaran serta pengurusan pentadbiran.

“Saya yakin, dengan komitmen dan dedikasi daripada pasukan pusat ini, serta sokongan berterusan daripada masyarakat, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bahau akan terus membawa perubahan positif dan memberi sinar harapan kepada lebih ramai golongan yang memerlukan,” kata Teo.

Show More

Related Articles

Back to top button