Masjid Seri Sendayan tarik 5,000 pengunjung sempena Berbuka Puasa Perdana 2026
SENDAYAN : Seramai 5,000 pengunjung memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Perdana yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan di Sendayan, hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, program berbuka puasa secara santai bersama masyarakat itu turut menarik kehadiran pengunjung dari luar negeri termasuk Kuala Lumpur, Perak dan Kedah.
Menurutnya, majlis berkenaan bukan sahaja memberi peluang orang ramai berbuka puasa secara berjemaah malah menjadi platform memperkenalkan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan Islam.
“Masjid ini juga terpilih sebagai ikon pelancongan Islam yang mampu menarik ramai pengunjung dari luar untuk datang melihat sendiri keindahannya.
“Ini merupakan peluang yang baik untuk kita memperkenalkan Negeri Sembilan dalam sektor pelancongan Islam” katanya.
“Saya berharap program seumpama itu dapat terus menjadi tarikan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah pelancong luar untuk hadir dan mengimarahkan kawasan sekitar Sendayan” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Perdana 2026 yang berlangsung di sini.




