BeritaMenarik

Masyarakat Orang Asli Tampin tidak dipinggirkan

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa berkata, masyarakat Orang Asli di Daerah Tampin tidak pernah dipinggirkan dan kebajikan golongan ini tetap dibela oleh kerajaan.

Mohd Isam berkata demikian di Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Orang Asli Sedunia di Kampung Tebong Pasir, Tampin.

“Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kesejahteraan dan kebajikan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan di bawah Exco Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias.

“Dimaklumkan di kampung ini telah lahir seorang jurutera dan ini menunjukkan pendidikan yang diterima oleh masyarakat Orang Asli setara dengan kaum lain,” kata beliau.

Menurut Mohd Isam, dari segi penempatan penduduk, Kerajaan Negeri Sembilan telah mewartakan sebanyak 59 buah kampung sebagai tanah rizab Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan.

“Hanya tinggal 10 buah kampung yang masih dalam proses teknikal di Pejabat Tanah Daerah.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan pemberian Geran Khas Masyarakat Orang Asli dengan peruntukan sebanyak RM315,000.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun yang sudi hadir merasmikan sambutan ini.

“Sambutan Hari Orang Asli Sedunia diperkenalkan bagi mempromosikan dan melindungi hak penduduk Asli/Asal dunia serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada masyarakat global,” jelas Mohd Isam.

Show More

Related Articles

Back to top button