Berita
MBS seru pelihara identiti Lorong Seni Seremban

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyeru orang ramai untuk memelihara keindahan dan identiti Lorong Seni Seremban.
Hal ini kerana Lorong Seni Seremban diwujudkan sebagai ruang kreatif untuk dinikmati bersama sert menjadi tarikan warga dan pelancong.
Namun demikian beberapa tindakan vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan kerosakan mural dan contengan.
Ia secara tidak langsung telah mencemarkan keindahan kawasan ini.
Oleh itu MBS telah menyeru supaya orang ramai menjaga kemudahan dan keindahan di lorong tersebut.
Marilah kita bersama-sama menjadi masyarakat yang bertanggungjawab.



