
Majlis Bandaraya Seremban telah melantik Syarikat FurryKids Safehaven Enterprise untuk menyelamatkan anjing dan kucing tidak bertuan di kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban sejak tahun 2020.
Sepanjang tempoh tersebut, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah membelanjakan sebanyak RM1,094,800 dengan jumlah tangkapan sebanyak 14,536 ekor.
Oleh itu, MBS ingin berkongsi dengan warga bandar raya Seremban mengenai jumlah bayaran dan jumlah tangkapan sepanjang tempoh tersebut mengikut tahun.
Berikut statistik berkenaan: