YB Kita

Cha sumbang RM6,000 kepada 50 suri rumah dari Parlimen Rasah

RASAH: Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah merasmikan program caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di pejabat PERKESO Negeri Sembilan.

Cha berkata, program ini diadakan di atas inisiatif PERKESO dan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Rasah.

Seramai 50 orang suri rumah dari Parlimen Rasah berdasarkan daftar e-Kasih telah dipilih untuk program ini.

“Saya telah memberikan caruman setahun sebanyak RM120 untuk setiap suri rumah ini, dengan jumlah RM6,000.

“Ini satu lagi bukti peruntukan Ahli Parlimen Rasah untuk manfaat penduduk Rasah.

“SKSSR adalah inisiatif di bawah kerajaan Malaysia Madani untuk melindungi suri rumah daripada kemalangan, kerana malang tidak berbau dan boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Cetusan idea SKSSR bermula pada Ogos 2018 oleh Dato’ Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail, ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan mula dilaksanakan pada Disember 2022, iaitu selepas suami beliau Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi PMX,” jelas Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button