KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar pekebun kecil diberikan bantuan penuh untuk tanaman semula kelapa sawit.
“Berdasarkan pertemuan dan perbualan bersama para pemain industri sawit di kawasan saya, terdapat beberapa perkara yang menjadi keluhan mereka berhubung permohonan pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0.
“Adakah kementerian berhasrat untuk mengkaji semula prosedur permohonan bersama pihak bank, yang dikatakan agak menyusahkan mereka dari segi dokumentasi?
“Pekebun kecil sawit dan getah ini adalah masyarakat luar bandar yang susah.
“Justeru itu, saya mencadangkan tanaman semula pekebun kecil sawit ini diberikan bantuan penuh, bukan pinjaman 50 peratus seperti mana Kerajaan Barisan Nasional laksanakan sebelum ini,” kata Mohd Isam.
Mohd Isam berkata demikian di sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Rakyat.
Kredit Foto: UMNO Online