BeritaMenarik

Negeri Sembilan arah PBT kenalpasti pokok berisiko tumbang

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenalpasti semua pokok yang berisiko tumbang.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB J.Arul Kumar (PH-Nilai) berkata, walaupun tidak ada inventori buat masa ini, tetapi Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mewujudkannya secara berperingkat.

“Selain itu, pemantauan pokok di tanah-tanah rizab akan dilakukan secara berterusan dan jika ia boleh mendatangkan bahaya, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kebanyakan kemalangan disebabkan oleh pokok adalah berpunca daripada pokok-pokok yang ada di atas tanah persendirian.

“Maka saya telah pun mengarahkan semua PBT untuk mengenalpasti semua pokok-pokok yang berbahaya di atas tanah persendirian di sisi jalan serta kawasan tumpuan dan menghantar notis kepada pemilik tanah tersebut untuk diambil tindakan.

“Kita juga sedang mengkaji tindakan seterusnya yang boleh diambil termasuk tindakan undang-undang jika pemilik tanah tidak mematuhi notis tersebut,” kata Arul Kumar.

Arul Kumar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan ADUN Paroi, YB Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN) pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button