BeritaMenarik

100 bas baharu untuk perkhidmatan bas berhenti-henti di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan Kerjasama Kerajaan Negeri akan menyediakan 100 buah bas baharu untuk perkhidmatan bas berhenti-henti di Negeri Sembilan bermula 1 Julai ini.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB J.Arul Kumar (PH-Nilai) berkata, MOT telah melantik dua operator untuk melaksanakan perkhidmatan bas berhenti-henti bermula 1 April untuk lima tahun.

“Kontrak operator lama telah tamat pada 31 Mac 2024 dan bermula 1 April sehingga 30 Jun adalah tempoh peralihan kepada operator baharu.

“Selepas 1 Julai, kedua dua operator ini perlu menyediakan 100 buah bas baharu dengan empat buah bas elektrik untuk perkhidmatan bas berhenti-henti di seluruh Negeri Sembilan.

“Keberkesanan dan keperluan laluan yang sedia ada juga akan dikaji agar setiap laluan dapat meningkatkan ‘ridership’,” kata Arul Kumar.

Arul Kumar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai (PH) pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Menurut Arul Kumar lagi, Kerajaan juga sedang mempertimbangkan beberapa inisiatif baharu dan menambahbaik inisiatif yang sedia ada untuk memastikan peningkatan ‘ridership’.

“Saya mempunyai harapan agar perkhidmatan bas berhenti-henti ini ditambahbaik dengan kerjasama MOT dan Kerajaan Negeri untuk menambahkan penggunaan perkhidmatan bas berhenti-henti,” jelas beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button