Berita

Tindakan akan diambil bagi atasi ancaman hidupan liar

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Perhilitan akan mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah ancaman hidupan liar yang mengganggu ketenteraman awam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, usaha-usaha yang dijalankan ini adalah dilaksanakan secara berterusan berdasarkan penerimaan aduan yang diterima oleh pihak Jabatan Perhilitan.

“Selain itu, kepentingan awam juga akan diutamakan bagi menangani musuh tanaman dan ancaman kepada manusia.

“Antara usaha yang diambil dalam mengatasi masalah hidupan liar lebih-lebih lagi spesies Harimau Kumbang dan Kera yang mempunyai aduan tertinggi September tahun lalu adalah Program Bersepadu bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK), Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Hidupan Liar Peringkat Negeri Sembilan, Pematuhan Pelan Pengurusan Hidupan Liar dan Siasatan dan Pemasangan Perangkap bagi aduan gangguan yang diterima,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, YB Muhammad Sufian Maradzi di Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15.

 

Show More

Related Articles

Back to top button