Berita

Negeri Sembilan berselawat

SEREMBAN: Negeri Sembilan bakal menganjurkan program Negeri Sembilan berselawat pada esok hari (Khamis) di Padang Awam Seri Menanti.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program tersebut dianjurkan bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-75.

“Program tersebut akan bermula pada jam 9 malam yang dihadiri Doktor Syuhadak Mahmud .

“DYMM Tuanku Muhriz turut perkenan untuk mencemar duli ke program tersebut.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button