Berita

Aminuddin rasmi kilang konkrit ketiga di Negeri Sembilan

SENDAYAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah merasmikan kilang ketiga Kilang Bancuh Konkrit UPC di Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, pembukaan kilang tersebut adalah penting bagi membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara bagi memenuhi permintaan konkrit di Malaysia.

“Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelabur daripada dalam dan luar negara untuk melabur di negeri ini.

“Usaha ini juga dapat dilihat dalam Belanjawan Negeri 2024 yang dibentangkan Disember lalu untuk memacu pertumbuhan ekonomi di negeri ini menjadi lebih inklusif buat seluruh lapisan masyarakat.

“Terima kasih kepada UPC dan syarikat induknya, CIMA kerana memilih Negeri Sembilan selaku lokasi bagi mengukuhkan lagi operasi perniagaan syarikat mereka,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button