Negeri Sembilan Naib Johan Hoki SJKT Kebangsaan
SEREMBAN: Pasukan hoki (perempuan) telah muncul sebagai naib johan Kejohanan Hoki Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kebangsaan.
Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata, pasukan ini telah menyertai Kejohanan Hoki SJKT Kebangsaan mewakili Negeri Sembilan dan telah muncul sebagai naib juara bagi kategori perempuan serta tempat kelima dan ke-enam bagi kategori lelaki.
Justeru itu, Majlis Apresiasi Kontinjen Hoki SJKT Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan St.Paul Seremban dan dirasmikan oleh Veerapan.
Dalam pada itu, Veerapan telah mendapatkan peruntukan sebanyak RM5,000 daripada Kerajaan Negeri Sembilan kepada pasukan ini.
“Kerajaan Negeri Sembilan komited dalam memperkasa bidang sukan terutamanya dalam kalangan pelajar supaya ia akan menjadi pedoman buat mereka untuk terus berjaya dalam kokurikulum di samping menumpukan perhatian dalam akademik,” ujar beliau.
Majlis ini turut dihadiri Penolong Pengarah Unit Prasekolah dan Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Encik Jayabalan Kandiah.