Berita

Negeri Sembilan peruntuk RM1 juta untuk program pencahayaan luar bandar

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM1 juta dalam Belanjawan 2025 untuk program pencahayaan luar bandar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif ini kerana infrastruktur asas ini perlu demi keselamatan pengguna jalan raya khususnya di kawasan luar bandar.

“Sedia maklum Kementerian Kerja Raya menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memperuntukkan RM2 juta untuk program pencahayaan luar bandar di Negeri Sembilan.

“Walaubagaimanapun peruntukan RM2 juta itu tidak mencukupi dan menyedari masih banyak kawasan kampung dan jalan raya di luar bandar Negeri Sembilan yang memerlukan lampu jalan.

“Maka Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi tujuan tersebut,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button