BeritaMenarik

Negeri Sembilan sasar lebih 19 pingat emas di SUKMA Sarawak

SEREMBAN: Kontinjen Negeri Sembilan mensasarkan kutipan lebih 19 pingat emas pada temasya SUKMA Ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, bagi SUKMA kali ini, Negeri Sembilan meletakkan sasaran ranking di bawah 10 (Satu Digit) dan sasaran pingat emas melebihi 19 seperti mana pencapaian Kontinjen Negeri Sembilan dalam SUKMA Ke-20 yang lepas.

“Kontinjen Negeri Sembilan akan diwakili seramai 500 orang termasuk atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pasukan perubatan dan sekretariat.

“Bagi SUKMA kali ini, Kontinjen Negeri Sembilan akan menyertai 30 acara dari 37 acara sukan yang akan dipertandingan.

“Saya berharap Kontinjen Negeri Sembilan yang diketuai oleh Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Mustapha Nagoor dapat membuktikan kemampuan kontinjen kali ini untuk berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Kunjungan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, YB Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Sempena Promosi SUKMA Ke-21 dan PARA SUKMA Ke-21 di Wisma Negeri, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button