BeritaMenarik

Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge promosi tujuh daerah

SEREMBAN: Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge: Road To HSN 2024 merupakan program ‘build up’, produk keluaran kerajaan Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2024 yang akan disambut pada 12 Oktober 2024 serta sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang disambut dalam bulan September setiap tahun.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, program berkonsepkan karnival sukan ini akan dilaksanakan di setiap daerah selama tujuh bulan dengan amalan gaya hidup sihat di kalangan orang ramai dan mempromosikan tempat atau produk pelancongan setiap daerah di Negeri Sembilan.

“Program ini juga dapat menaikkan ekonomi setempat melalui perkhidmatan pengangkutan, penginapan, hospitaliti dan makanan.

“Setakat ini seramai 800 orang telah mendaftarkan diri untuk menyertai acara ini.

“Acara utama di daerah Kuala Pilah, Seremban, Tampin, Jempol, Jelebu dan Rembau adalah mendaki puncak gunung dan bukit yang sering menjadi tumpuan orang ramai manakala di daerah Port Dickson pula akan diadakan acara larian,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian pada Majlis Pra-Pelancaran Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge: Road To HSN 2024 di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button