BeritaMenarik

Negeri Sembilan yakin capai sasaran pelaburan lebih RM10 bilion tahun ini

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan optimis capai sasaran pelaburan baharu lebih RM10 bilion pada tahun ini berbanding RM10.1 bilion pada tahun lepas.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, beliau nampak potensi sasaran tersebut boleh dicapai dengan pembukaan beberapa kawasan industri yang baharu.

“Kita yakin akan menyumbang kepada pelaburan baharu dan minat yang ditunjukkan oleh pelabur yang datang ke NS Invest untuk melihat potensi pelaburan di Negeri Sembilan.

“NS Invest merupakan pusat untuk menyalurkan semua maklumat tentang pelaburan.

“NS Invest membantu pelabur yang berminat melabur, beri sokongan teknikal dan kelulusan segera bagi memastikan bahawa pelaburan itu dilaksana dengan cepat dan cekap,” kata Aminuddin di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco pada Rabu.

Show More

Related Articles

Back to top button