Berita
Nicole sumbang RM1,000 kepada Surau Residensi Prima Seremban

BUKIT KEPAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada Surau Residensi Prima Seremban.
Nicole berkata, sumbangan tersebut diserahkan sewaktu menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan pihak surau tersebut.
“Sumbangan itu juga diberikan oleh Encik Noor Azahar Ismaial yang mewakili saya.
“Ini merupakan tanda sokongan saya terhadap program komuniti yang diadakan ini,” kata Nicole.



