NOR AZMAN VS TUN FAISAL: Dua Ketua Penerangan bertembung di DUN Sikamat

SIKAMAT: DUN Sikamat akan menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu calon Pakatan Harapan, Nor Azman Mohamad; calon Bersatu, Dato’ Tun Faisal Ismail Aziz dan calon PN, Dato’ Razali Abu Samah.
Walau bagaimanapun apa yang menarik di DUN Sikamat ialah pertembungan Nor Azman sebagai Ketua Penerangan Keadilan Negeri Sembilan dan Tun Faisal yang merupakan Ketua Penerangan Bersatu.
Tidak pasti adakah ini perancangan Bersatu memandangkan Pakatan Harapan telah mengumumkan calonnya lebih awal pada 14 Julai atau sekadar kebetulan.
Tetapi apa yang pasti pertembungan ini pastinya menarik pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Negeri Sembilan pada 1 Ogos nanti.
Nor Azman mempunyai kelebihan ketara memandangkan beliau adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.
Kelibat Nor Azman di DUN Sikamat bukanlah asing kerana Nor Azman sering terlibat dengan penganjuran program Menteri Besar dan ADUN Sikamat selaku orang kanan Aminuddin.
Untuk rekod Aminuddin merupakan ADUN Sikamat untuk penggal berturut-turut sejak tahun 2008 dan kali ini beliau akan bertanding di DUN Linggi.



