BeritaMenarikProgram

NS Fest perlu diteruskan, platform promosi produk usahawan Negeri Sembilan

NILAI: Seorang pengusaha pakaian batik eco-print yang kali pertama berniaga di NS Fest mahu Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan penganjuran NS Fest pada tahun depan.

Ratha Maniam, 53, dari Seremban 2 berkata, pada awalnya pelanggan tidak berapa faham apa itu batik eco-print, tetapi selepas diberi penerangan mereka membuat keputusan untuk membeli produk buatan ‘homemade’ beliau.

“Batik eco-print adalah kaedah mereka corak batik dengan menggunakan daun pokok semulajadi yang dikukus untuk mendapatkan corak batik.

“Saya menjual baju, blouse, tudung bawal, shawls dan kain pasang yang dibuat daripada batik eco-print.

“Jualan sejak lima hari lepas amat memberangsangkan.

“Saya berharap Kerajaan Negeri Sembilan dapat meneruskan penganjuran NS Fest pada tahun hadapan kerana ia membuka ruang dan peluang kepada peniaga seperti saya untuk memperkenalkan dan menjual produk ‘homemade’ yang baharu,” jelas Ratha.

Show More

Related Articles

Back to top button