Berita

NSFC tambah dua pemain baharu

SEREMBAN: Negeri Sembilan Football CLub (NSFC) mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani dua pemain import baharu bagi memperkuatkan pasukan tersebut menjelang pusingan kedua Liga Super.

Terdahulu, Oday Kharoub yang merupakan pemain pasukan kebangsaan Palestin diumumkan bagi meningkatkan kekuatan di posisi pertahan skuad Jang.

Beliau yang sebelum ini pernah beraksi bersama Al-Ahly SC.

Dalam pada itu, semalam NSFC semalam turut mengumumkan bahawa mereka telah menambah kekuatan pertahanan tengah dengan menandatangani produk Urawa Reds, Kei Oshiro.

Ketinggian 182cm yang dimiliki beliau sudah pasti dapat membantu pasukan Jang.

Selain itu, beliau juga merupakan rakan sepasukan Mio Tsuneyasu di Gainare Tottori.

Show More

Related Articles

Back to top button