Berita

Nyanyian lagu Negaraku hanya iringan muzik sahaja

NILAI: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mahu nyanyian lagu Negaraku selepas ini hanya iringan muzik tanpa nyanyian asal.

Aminuddin berkata, ini kerana setiap program rasmi kita mendengar bahawa hanya suara muzik lebih kuat berbanding orang ramai.

“Oleh itu saya ingin menegaskan bahawa mulai hari ini di semua jabatan dan sekolah memainkan lagu Negaraku dalam iringan muzik instrumental sahaja.

“Ini supaya mendidik orang ramai untuk menyanyikan lagu tersebut dalam usaha menyemai semangat cinta akan negara.

“Ia juga bertujuan untuk meneguhkan lagi semangat kenegaraan dalam setiap diri masyarakat,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button