BeritaMenarik

Program Silang Budaya catat Malaysian Book Of Record

NILAI: Program Silang Budaya yang dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian mencatat sejarah dalam Malaysian Book Of Record.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, ia adalah satu tanda bahawa usaha untuk kita memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

“Program yang mendukung semangat perpaduan ini juga merupakan kali pertama diadakan di negara kita.

“Ia juga amat bertepatan dengan gagasan Malaysia MADANI.

“Saya yakin program ini bakal menjadi ikutan dan contoh oleh negeri lain untuk menganjurkan program sebegini rupa.

“Tahniah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, Kerajaan Negeri serta Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan kerana menganjurkan program sebegini,” kata Fadhlina.

Show More

Related Articles

Back to top button