BeritaMenarik

Pegawai MBS serta jabatan dan agensi berkaitan diminta proaktif

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun meminta pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) serta jabatan dan agensi berkaitan komited dan proaktif dalam tugasan.

“Justeru itu, satu mesyuarat khas telah diadakan bersama pengarah-pengarah jabatan di bawah MBS, Jabatan Kerja Raya (Seremban), Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Selia Selenggara Seremban, SW Corp Seremban, TM Seremban dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

“Pegawai dan kakitangan MBS hendaklah lebih komited dan proaktif dalam tugas masing-masing dalam memastikan perkhidmatan yang lebih baik selaras dengan status Seremban sebagai sebuah Bandaraya.

“Antara agenda utama yang dibincangkan adalah mengenai kawasan-kawasan di bawah pengelolaan MBS yang perlu diselenggara dalam kadar segera dan penambahbaikan infrastruktur kemudahan-kemudahan awam.

“Saya berharap kelangsungan mesyuarat ini akan dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan menjelang tahun 2025 dan supaya persekitaran Bandaraya Seremban menjadi lebih bersih, ceria dan indah kepada penduduk serta pengunjung ke Negeri Sembilan, Insyah Allah,” kata Aminuddin.

Mesyuarat ini telah diadakan di Wisma MBS, Forest Height.

Show More

Related Articles

Back to top button