Berita

Pelajar Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz terima Simkad percuma

SEREMBAN: Pelajar Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz terima Simkad percuma daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Dato’ Muhammad Nazri Kassim, mewakili Aminuddin.

“Simkad percuma ini ditaja oleh syarikat telekomunikasi CelcomDigi dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan.

“Objektif utama serahan ini adalah bagi membantu meringankan beban pelajar dalam menuju ke arah Industrial Revolution (IR) 5.0.

“Semoga dengan serahan simkad ini, ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dalam usaha menimba ilmu demi kecemerlangan masa depan,” kata Muhammad Nazri.

Show More

Related Articles

Back to top button