Berita

Pelajar, NGO, PIBG dan KRT terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada pelajar, NGO, PIBG dan KRT.

“Saya telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada pelajar IPT, Geogia Fellsia Luther King bagi membantu beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

“Saya juga telah menyampaikan sumbangan cek kepada Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Kebudayaan Masyarakat Negeri Sembilan untuk menjayakan Program Hari Kebangsaan Malaysia yang akan diadakan pada 31 Ogos ini,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, beliau juga telah menyampaikan sumbangan cek kepada Kelab Sukan Thivy Jaya, Seremban bagi Majlis Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Tamil di bawah 12 tahun peringkat.

“Saya juga telah menyampaikan sumbangan cek kepada Pengerusi KRT Fasa 3 Taman Seremban Jaya, Ravi untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah Jiran Wanita KRT Fasa 3.

“PIBG SK Seremban Jaya turut menerima sumbangan kewangan untuk menjayakan kejohanan olahraga sekolah tersebut,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button