Berita

Pelajar perlu fahami konsep Malaysia MADANI

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menegaskan bahawa pelajar perlu memahami serta mendalami konsep Malaysia MADANI.

“Ini kerana konsep ini menekankan nilai ihsan, keadilan, ilmu dan hormat dalam diri.

“Secara tidak langsung ia membantu pembinaan karakter bangsa,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut tambah bahawa, kepimpinan bukan hanya tentang kuasa.

“Tetapi ia tentang tanggungjawab, kebijaksanaan dan keupayaan membuat keputusan secara rasional dan berasaskan nilai kemanusiaan.

“InsyaAllah, dengan bimbingan dan pemahaman yang betul, para pelajar akan menjadi barisan kepimpinan masa depan yang membawa negara ke arah pembangunan yang seimbang, beretika dan berperikemanusiaan,” tambah Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia Pelajar Tingkatan 6 Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort Seeremban.

Show More

Related Articles

Back to top button