Pembinaan 6,949 unit Rumah Mampu Milik diluluskan

SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar (PH) berkata, bagi tahun 2023 dan 2024, sebanyak 61 projek perumahan merangkumi pembinaan 6,949 unit Rumah Mampu Milik (RMM) telah diluluskan Kebenaran Merancang oleh semua PBT di Negeri Sembilan.
Perincian maklumat projek perumahan baru yang telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan bagi tahun 2023 hingga 2024 seperti berikut:
BIL. | DAERAH | JUMLAH PROJEK | BILANGAN RUMAH MAMPU MILIK (RMM) | JUMLAH
KESELURUHAN (UNIT) |
||
TYPE A | TYPE B | TYPE C | ||||
1 | SEREMBAN | 20 | 1,424 | 1,076 | 543 | 3043 |
2 | KUALA PILAH | 6 | 191 | 247 | 165 | 603 |
3 | PORT DICKSON | 19 | 235 | 1110 | 280 | 1,625 |
4 | REMBAU | 6 | 255 | 666 | 143 | 1,064 |
5 | TAMPIN | 3 | 186 | 99 | 37 | 322 |
6 | JEMPOL | 5 | 0 | 83 | 188 | 271 |
7 | JELEBU | 2 | 0 | 14 | 7 | 21 |
JUMLAH | 61 | 2,291 | 3,295 | 1,363 | 6,949 |
Selain itu, semenjak pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) bermula pada tahun 2015, terdapat 29 projek perumahan yang berjaya menyediakan RMM Type A dan telah ditawarkan pengisian kepada rakyat Negeri Sembilan.
Dalam tempoh tersebut, sebanyak 49,687 permohonan diterima dan hanya 7,341 bersamaan 15 peratus pemohon berkelayakan dan mematuhi syarat-syarat permohonan RMM Type A.
Sehingga kini, sejumlah 2,307 (iaitu bersamaan 32 peratus daripada 7,341) telah berjaya menerima tawaran seunit RMM Type A. Perincian adalah seperti berikut:
Bil | Daerah | Jumlah Projek | Jumlah Permohonan | Jumlah Permohonan Layak (MMK) | Jumlah Pengisian |
1 | Seremban | 13 | 34,962 | 3,317 | 1,202 |
2 | Port Dickson | 4 | 3,219 | 833 | 330 |
3 | Kuala Pilah | 4 | 3,999 | 1,595 | 307 |
4 | Tampin | 3 | 1,940 | 386 | 91 |
5 | Jempol | 4 | 4,632 | 1,031 | 309 |
6 | Rembau | 1 | 935 | 179 | 68 |
Jumlah | 29 | 49,687 | 7,341 | 2,307 |
Prosedur bagi proses pengurusan permohonan, tapisan dan pemilihan peserta bagi RMM Type A adalah di bawah penyelarasan dan pelaksanaan oleh Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Bahagian Perumahan akan melaksanakan proses tapisan dan pemilihan melalui penglibatan beberapa jabatan serta agensi seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan lain-lain agensi berkaitan bagi memastikan pematuhan syarat-syarat permohonan.
Tempoh tapisan dan pemilihan adalah bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima iaitu tidak melebihi empat bulan.
Arul Kumar berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Lukut, Choo Ken Hwa (PH) di Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-15.
Choo bertanya, sila nyatakan dengan butiran mengikut tapak projek rumah mampu milik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2023 dan tahun 2024.
Berapa peratusan kelulusan daripada jumlah pemohon yang berjaya dapat memohon dan berapa lama tempoh masa proses penyaringan pemohon yang diambil?