BeritaMenarik

Pencapaian SPM 2023 Negeri Sembilan lebih baik dari tahun 2022

SEREMBAN: Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun 2022.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Gred Purata Negeri (GPN) bertambah dengan pencapaian 4.33 mata pada tahun lalu berbanding 4.50 mata pada 2022.

“Ini menunjukkan bahawa pencapaian SPM Tahun 2023 adalah lebih baik berbanding SPM Tahun 2022 dengan peningkatan 0.17 mata.

“Peningkatan 0.17 mata ini merupakan peningkatan paling tinggi dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2014.

“Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

GPN 4.33 mata ini juga adalah melepasi Gred Purata Nasional SPM Tahun 2023 iaitu 4.60,” kata Aminuddin.

Menurut Aminuddin, pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) sudah pasti disumbangkan oleh pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) Daerah.

“Sukacita saya mengumumkan pencapaian GPS Daerah bagi SPM Tahun 2023 dengan susunan pencapaian PPD terbaik di Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

i. PPD Rembau mencatat GPS Daerah 3.60 mata.
(Menurun -0.03 berbanding 3.57 pada 2022)

ii. PPD Kuala Pilah mencatat GPS Daerah 4.11 mata.
(Meningkat 0.34 berbanding 4.45 pada 2022)

iii. PPD Seremban mencatat GPS Daerah 4.26 mata.
(Meningkat 0.15 berbanding 4.41 pada 2022)

iv. PPD Tampin mencatat GPS Daerah 4.55 mata.
(Meningkat 0.22 berbanding 4.77 pada 2022)

v. PPD Jempol Dan Jelebu mencatat GPS Daerah 4.56 mata.
(Meningkat 0.23 berbanding 4.79 2022)

vi. PPD Port Dickson mencatat GPS Daerah 5.00 mata.
(Meningkat 0.10 berbanding 5.10 pada 2022)

“Berdasarkan keputusan ini, PPD Rembau yang mencatat 3.60 mata kekal mengungguli pencapaian terbaik GPS Daerah bagi SPM Tahun 2023.

“Semua PPD yang lain telah mencatatkan peningkatan GPS Daerah SPM Tahun 2023 dan suka saya maklumkan pencapaian GPS Daerah, PPD Kuala Pilah telah mencatatkan peningkatan GPS Daerah selama tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2017.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon, warga pendidik, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di atas pencapaian ini,” ujar Aminuddin lagi.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button