BeritaMenarik

Terminal 1 bakal berwajah baharu, tempat menunggu berhawa dingin

SEREMBAN: Terminal Bas dan Teksi Seremban (Terminal 1) bakal berwajah baharu apabila projek naik taraf siap pada Mac 2025.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan & Pengangkutan, YB J.Arul Kumar berkata, kerja-kerja menaiktaraf yang sedang dijalankan akan memberikan satu imej baharu kepada pusat pengangkutan utama negeri dan juga kepada bandar Seremban.

“Kerja-Kerja menaiktaraf ini dijangka selesai pada penghujung 31 Mac 2025, iaitu hampir 10 bulan daripada sekarang.

“Kerja-kerja menaiktaraf ini termasuk kerja mengecat keseluruhan bangunan Terminal 1 tersebut termasuk kawasan parkir bertingkat.

“Selain itu, beberapa kemudahan lain juga akan dilaksanakan seperti dewan menunggu berhawa dingin, gerai-gerai yang akan diubahsuai dan lain-lain lagi,” jelas beliau.

Menurut Arul Kumar lagi, Sistem Tiket Berpusat atau Centralised Ticketing System (CTS) juga telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

“Selepas siap kerja-kerja menaiktaraf, CTS ini ditambah dan akan wujudkan beberapa mesin pembelian tiket yang akan memudahkan urusan pembelian tiket,” ujarnya yang juga ADUN Nilai.

Arul Kumar berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja menaiktaraf yang sedang dijalankan di Terminal 1.

Turut bersama beliau, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Mas Midyawan Yahya.

Show More

Related Articles

Back to top button