Berita

Negeri Sembilan pertahan juara softball

KUANTAN: Pasukan softball Negeri Sembilan berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berkata, kejuaraan tersebut dirangkul setelah menumpaskan Johor di acara akhir Kejohanan Softball Terbuka Kebangsaan Kali Ke-48.

“Paling manis adalah dalam acara ini Negeri Sembilan berjaya melakukan ‘clean-sheet’ kerana tanpa mata balas daripada pihak lawan dalam semua peringkat.

“Kejohanan ini merupakan persiapan pasukan kebangsaan bagi temasya Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

“Tahniah dan terima kasih kepada seluruh kakitangan Majlis Sukan Negeri Sembilan,” kata Mustapha.

Show More

Related Articles

Back to top button