Berita

Negeri Sembilan juara tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

KUANTAN: Negeri Sembilan berjaya menjadi johan bagi Majlis Tilawah dan hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kuantan, Pahang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kejuaraan diperoleh selepas peserta Negeri Sembilan berjaya menjadi johan bagi kategori tilawah dan hafazan.

“Tahniah kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan di Pahang pada tahun ini.

“Tak lupa juga kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di bawah kendalian Ust Mohd Asri Abdullah.

“Semoga kejayaan ini akan mengembangkan lagi usaha pembudayaan Al-Quran di negeri ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button