Berita

Pencegahan dadah bermula di rumah

SEREMBAN: Pencegahan terhadap pengambilan dadah perlu bermula daripada dalam rumah sendiri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ini kerana benteng pertahanan terkuat adalah bermula daripada dalam rumah kita sendiri.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kita telah mulakan daripada tadika lagi dengan memainkan lagu ‘Dadah Durjana’.

“Ini supaya ia dapat ditekan dan diterapkan terhadap kanak-kanak.

“Selain itu, saya juga meminta supaya agensi terlibat seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memainkan peranan mereka.

“Dalam pada itu, saya juga meminta ketua kampung untuk sentiasa turun padang bagi menyantuni ‘client’ AADK.

“Hal ini supaya mereka tidak rasa terasing dalam masyarakat walaupun mereka dalam usaha untuk berubah.

“Kita juga boleh memasukkan mereka ke dalam aktiviti kemasyarakatan supaya mereka sedar akan kepentingan mereka dalam masyarakat.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa berikan sokongan dan galakan untuk laksanakan aktiviti mencegah dadah ini supaya kita dapat mencapai sasaran Dadah Terkawal 2025,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button