BeritaMenarik

Pengukuhan perpaduan dan pembangunan perlu kerjasama semua kaum

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa semua kaum perlu ⁠bekerjasama dalam mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara.

“Ini penting agar kita berjaya sebagai sebuah negara dan bukan hanya bagi segelintir kumpulan masyarakat,” katanya sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KE-78 Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).

Anwar berkata, dalam konteks ini, ACCCIM telah menjadi rakan strategik Kerajaan MADANI terkait sektor ekonomi dimana peranan ini jelas dapat dilihat melalui kejayaan penganjuran Kongres Usahawan Cina Sedunia (WCEC) 2024 di Kuala Lumpur pada bulan lalu.

“Saya juga jelaskan bahawa dasar Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka adalah bagi membina hubungan baik dengan pelbagai negara tanpa mengikut telunjuk mana-mana negara.

“Selain itu, saya singgung tekad Kerajaan MADANI bagi mempertingkat kualiti perkhidmatan awam.

“Ini termasuklah tahap kecekapan, kepantasan kelulusan, perbelanjaan berhemah dan memperkemas tatakelola.

“Untuk berjaya, tekad ini turut perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta,” ujar Anwar lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button