Berita

Penubuhan Lembaga Wakaf Hindu di Negeri Sembilan: Veerapan

Penyelesaian telus dan sistematik

Saya memberi sokongan penuh bahawa Kerajaan Negeri Sembilan perlu mengambil pendekatan ini dan mengimplimentasikan cadangan ini seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Menteri Perpaduan, YB R. Yuneswaran, bahawa Lembaga Wakaf Hindu perlu ditubuhkan di peringkat negeri.

Langkah ini bukan sahaja selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga merupakan polisi praktikal yang mampu menyelesaikan masalah tanah kuil dan pengurusan kuil-kuil Hindu dengan lebih baik, telus dan sistematik.

Kerajaan Negeri perlu mengambil pendekatan ini berdasarkan beberapa faktor.

Antaranya ialah:-

• Urus tadbir tanah kuil: Isu tanah kuil sering berlarutan kerana pentadbiran tanah adalah kuasa negeri. Lembaga negeri dapat menyelesaikan perkara ini secara langsung.

• ⁠Pengurusan kuil lebih teratur: Dengan struktur yang jelas, kuil-kuil dapat diurus secara sistematik, mengelakkan pertindihan kuasa dan memastikan kebajikan masyarakat terjamin.

• Ketelusan dan akauntabiliti: Lembaga negeri membolehkan pengawasan lebih teliti, memastikan aset wakaf diurus dengan penuh integriti.

Saya yakin dan percaya bahawa Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk:

Mengadakan rundingan bersama komuniti kuil, NGO, dan pihak berkuasa tanah bagi memastikan penubuhan lembaga ini berjalan lancar.

• ⁠Menjamin ketelusan dan inklusiviti dalam setiap proses agar suara masyarakat didengar dan dihormati.

• ⁠Menjadi contoh kepada negeri lain dalam melaksanakan pengurusan wakaf Hindu yang progresif dan berkesan.

Kerajaan Negeri Sembilan yakin bahawa penubuhan Lembaga Wakaf Hindu di peringkat negeri adalah langkah progresif dan praktikal yang akan:

• Melindungi warisan budaya,

• Menyelesaikan isu tanah kuil,

• Memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk, dan

• Menjamin kebajikan komuniti Hindu terus terpelihara.

Veerapan Superamaniam

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah

Show More

Related Articles

Back to top button