Penyerahan Kunci Rumah Baitul Rahmah Kampung Orang Asli Air Pulasan Berjalan Lancar

KUALA PILAH: Majlis Penyerahan Kunci Rumah Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Air Pulasan berlangsung dengan jayanya, disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, YB Saiful Yazan Sulaiman.
Program ini bukan sekadar penyerahan rumah semata-mata tetapi turut mencerminkan keprihatinan dan kasih terhadap kesejahteraan masyarakat Orang Asli agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa serta selamat.
Menurut YB Saiful Yazan, inisiatif ini selari dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap lapisan masyarakat termasuk komuniti Orang Asli mendapat kemudahan tempat tinggal yang sempurna dan kondusif.
Majlis berkenaan disambut dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan oleh para penerima yang kini memiliki kediaman baharu yang lebih selesa untuk didiami.
Tahniah kepada semua penerima Rumah Baitul Rahmah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program penuh makna ini.
Semoga kediaman baharu ini menjadi tempat berteduh yang membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada seisi keluarga.



