Permohonan Rumah Harapan Rakyat NS kini dibuka
Permohonan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan kini dibuka sehingga 21 Mac 2025.
Program ini ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.
Bagi tahun 2025, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM85,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM75,000.00 sahaja.
Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).
Borang boleh muat turun di sini (klik pautan).
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
(BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK)
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Tel: 06 761 6871 Faks: 06 761 6877