BeritaMenarik

Peruntukan RM0.5 juta atasi banjir di Labu

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan telah memperuntukan sebanyak RM500,000 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran yang melibatkan Jambatan Jalan Panglima 1, Batu 9, Pemuliharaan Tebing di Sungai Batang Labu, Kampung Pasir dan kerja-kerja pemuliharaan saliran di Kampung Lambar dan Kampung Gadong.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (PH-Sikamat) berkata, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengenal pasti banjir kilat di Kawasan Labu adalah berpunca daripada isu pembentung dan aliran anak air Sungai Batang Labu dan Sungai Jerangkang yang tersekat.

“Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dalam perancangan bagi melaksanakan kajian terperinci Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batang Labu dimana kajian terperinci ini dijangka akan dimulakan oleh pihak perunding pada pertengahan tahun 2024.

“Isu banjir kilat ini dijangka dapat diatasi dengan kerja-kerja kecil naik taraf pembentung dan selenggara aliran anak air sungai.

“Sehubungan itu, PDTS sedang dalam tindakan memohon peruntukan naik taraf pembentung melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan.

“Projek Yayasan Negeri Sembilan telah menerima cadangan daripada Kerajaan Negeri bagi menyiapkan kolam tadahan air dengan segera agar kejadian banjir tidak berulang.

“Kerajaan Negeri juga telah memohon agar disediakan Rancangan tebatan Banjir Labu daripada pihak Kerajaan Persekutuan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi kerana melibatkan tanah-tanah persendirian,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Labu, YB Mohamad Hanifah Abu Baker (PN) pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button