BeritaMenarik

RM495,000 peruntukan tambah baik Taman Eko Rimba Lenggeng

SEREMBAN: Sebanyak RM495,000 telah diluluskan bagi membuat penambahbaikan di Taman Eko Rimba Lenggeng.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (PH-Sikamat) berkata, peruntukan tersebut akan digunakan bagi pembaikan tebing sungai lama kepada jenis konkrit dan bertangga.

“Empangan juga akan dibina untuk dijadikan sebuah kolam mandi, di samping menaik taraf tapak perkhemahan dan pembersihan sisa konkrit kolam lama.

“Selain itu, pembinaan tapak gerai juga akan dibina kerana Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan merancang untuk menyediakan tapak berniaga di dalam kawasan Taman Eko Rimba Lenggeng pada tahun ini.

“Bagi peringkat awal, pihak jabatan akan menyediakan tapak berniaga bagi food truck atau gerai bergerak dengan kapasiti maksimum sebanyak tiga unit bagi satu-satu masa,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Mohd Asna Amin (BN) di Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button