BeritaMenarik

41 Klinik Desa dinaiktaraf demi keselesaan rakyat Negeri Sembilan

SEREMBAN: Aspek kesihatan salah satu faktor utama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat di Negeri Sembilan.

Justeru itu, kesemua daerah di Negeri Sembilan telah pun mempunyai Hospital Daerah. Selain itu, 95 buah Klinik Desa beroperasi dan dapat menampung keperluan penduduk di setiap kampung di dalam daerah Negeri Sembilan.

Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, YB Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (PH-Ampangan) berkata, perancangan terkini terhadap Klinik Desa adalah dengan menaik taraf infrastruktur fasiliti Klinik Desa.

“Projek naik taraf ini mengambil masa selama tiga tahun dan bermula pada tahun 2023 sehingga 2025.

“Pada tahun 2023, sebanyak 31 buah Klinik Desa telah menjalani pembaikan.

“Pada tahun 2024 sebanyak 10 buah Klinik Desa sedang dalam proses roboh bina dan akan menjalani proses pembaikan.

“Dengan projek naik taraf ini, maka perkhidmatan di Klinik Desa akan bertambah baik kepada penduduk, kata Tengku Zamrah pada Ucapan Penggulungan Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Sementara itu, bagi menjawab pertanyaan ADUN Sungai Lui, YB Mohd Razi Mohd Ali (BN); permohonan bagi menaik taraf Klinik Kesihatan Lui Muda telah dibawa ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk projek Rancangan Malaysia-13 untuk pengantian Klinik Kesihatan jenis empat beserta kuarters.

“Pihak jabatan juga telah menaik taraf pendawaian eletrik bangunan Klinik Kesihatan Lui Muda,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button