Berita

Inisiatif Belanjawan Negeri Sembilan 2026 mengambil kira keperluan rakyat

GEORGE TOWN: Konsultasi Belanjawan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2026 telah berlangsung selama tiga hari dengan menghimpunkan Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Perpaduan dan Ketua-Ketua Jabatan di Rasa Sayang Resort and Spa, Pulau Pinang..

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sebanyak 14 Jawatankuasa Bertindak telah membentangkan cadangan inisiatif Belanjawan Negeri Sembilan 2026 yang akan dibentangkan pada Disember 2025 nanti.

“Setiap permohonan inisiatif yang dikemukakan mengambil kira keperluan rakyat di samping mempertimbang kemampuan kewangan Kerajaan Negeri.

“Saya meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada jabatan yang telah memohon inisiatif dapat melaksanakan perbelanjaan secara cekap berpandukan tatacara kewangan agar dapat memberi impak tinggi kepada rakyat di samping memastikan setiap projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

“Tahniah kepada Pejabat Kewangan Negeri dan Perbendaharaan Negeri di atas kejayaan melaksanakan konsultasi belanjawan kali kelapan sejak saya diberi amanah menjadi Menteri Besar pada tahun 2018 lagi,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button