GEMAS: Pejabat Kecil Daerah dan Tanah Gemas telah mengadakan satu program yang dipanggil Pesta Sedoghap Kampung Nan Ompek.
Program ini adalah bertujuan untuk memperkasa Adat Perpatih dimana ia melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Londah, Kampung Ladang, Kampung Bangkahulu dan Kampung Ulu Ladang.
Acara mengemping juga turut diketengahkan kepada orang ramai bagi menunjukkan amalan turun-temurun ketika musim menanam padi.
Program sebegini dapat mengeratkan silaturahim di samping merapatkan ukhuwah sesama masyarakat setempat.
Beberapa aktiviti juga diadakan seperti pertandingan bola tampar godang, mencanting batik, menyabit dan membanting padi, menangkap itik di sawah serta pelbagai lagi.
Turut hadir, Undang Jelebu, Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammad Abdullah, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Nicole Tan Lee Koon dan Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa.