Berita

Kerajaan Negeri komited perkasa institusi TVET

KUALA PILAH: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan komited untuk memperkasakan institusi TVET melalui Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM25.9 juta telah disalurkan bagi melakukan penambahbaikkan institusi tersebut.

“Pada 2020, RM10 juta disalurkan bagi membangunkan kampus baharu KYNS di Gentam, Kuala Pilah.

“Kemudian peruntukan tambahan berjumlah RM2.9 juta diberikan bagi melengkapkan kemudahan pembelajaran dan menambah baik kemudahan penginapan pelajar.

“Pada tahun ini, sebanyak RM13 juta diberikan menerusi Belanjawan 2023 bagi membina sebuah dewan serbaguna, kafe, menaiktaraf asrama dan kemudahan peralatan lain.

Besarlah harapan saya agar penambahbaikan ini dapat membantu KYNS menghasilkan graduan TVET berkualiti tinggi terutamanya daripada kalangan B40 dan miskin tegar dan seterusnya mengubah nasib hidup mereka dan keluarga,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button