Berita

PRIMA Rantau bakal siap suku ketiga tahun ini

RANTAU: Projek Residensi Rantau (PRIMA Rantau) bakal siap pada suku ketiga tahun ini.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan & Pengangkutan, YB J.Arul Kumar berkata, projek tersebut telah mencapai 96 peratus.

“Buat masa ini pihak kontraktor dalam proses penyiapan baki kerja bangunan, seni bina, landskap, infrastruktur dalaman dan luaran.

“Kerja-kerja ‘tapping off’ paip SAINS pula telah selesai pada 16 Mei lalu.

“Beberapa surat sokongan bagi permohonan CCC juga telah diterima dan akan di proses.

“Jangkaan tarikh siap adalah pada suku ketiga tahun ini dengan jangkaan CCC pada akhir Ogos ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri pula akan membantu untuk menyegerakan beberapa proses dalam mendapatkan CCC untuk projek tersebut dalam masa yang ditetapkan,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button