Berita

Klinik bergerak USIM bantu masyarakat luar bandar

CHUAH: Klinik dan Makmal Pergigian bergerak yang diwujudkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dapat membantu masyarakat luar bandar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, langkah yang diambil ini sangat proaktif kerana mereka menyediakan akses perkhidmatan kesihatan gigi yang berkualitikepada masyarakat.

“Saya yakin perasmian Makmal dan Klinik bergerak ini akan memberi perubahan kepada masyarakat setempat khususnya bagi yang tidak mempunyai akses kenderaan ke klinik berhampiran.

“Tahniah kepada warga USIM kerana menganjurkan program ini.

“Kelangsungan program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada sesetengah pihak, bahkan membawa semangat kekitaan, muafakat, empati sosial dan keberkatan kepada masyarakat yang memerlukan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button