Berita

PRN-16 semakin hampir, Aminuddin tekan kepentingan kekuatan jentera

LINGGI: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, telah menghadiri sesi pertemuan serta menyampaikan amanat kepada petugas dan sukarelawan parti komponen Pakatan Harapan di Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Sunggala.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan memperkukuhkan kekuatan mental dan fizikal jentera, di samping memupuk semangat kerjasama serta kesatuan yang erat antara semua komponen parti.

“Saya menyeru agar seluruh jentera terus bergerak seiring, memperkemaskan gerak kerja dan mengekalkan komitmen yang tinggi demi memastikan aspirasi perjuangan dapat diterjemahkan dengan berkesan serta kemenangan terus berpihak kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 tidak lama lagi,” kata Aminuddin.

Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan telah bubar pada 5 Jun dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan bermesyuarat pada 12 Jun ini (Jumaat) untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Show More

Related Articles

Back to top button