
Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan diadakan pada 12 Jun (Jumaat), jam 8.00 malam di Karisma Arena, Seremban (Hadapan SK Puteri).
Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan Negeri Sembilan.
Pemimpin utama Pakatan Harapan yang turut akan hadir pada majlis pelancaran ini ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Loke Siew Fook dan Dato’ Seri Mohamad Sabu.
Selain itu, turut akan ‘naik pentas’ ceramah ialah Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan, Gobind Singh Deo; Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abd Rahman.
Ayuh seluruh rakyat Negeri Sembilan, anggota parti, sukarelawan dan penyokong untuk bersama-sama menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan.
📅 12 Jun 2026 (Jumaat)
🕗 8.00 Malam
📍 Karisma Arena, Seremban (Hadapan SK Puteri)
https://maps.app.goo.gl/gWctv2RMuusjskgYA?g_st=ic
Mari kita satukan tekad, kukuhkan saf perjuangan dan melangkah ke hadapan demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih maju, makmur dan sejahtera.
Harapan untuk Negeri Sembilan. Harapan untuk Malaysia.



